Telegram Web Link
PESANAN HATI WALID

Anakku..
Jika Ingin Bersahabat ..

“Carilah sahabat yang berani menegurmu walaupun terpaksa melukakan hati daripada membiarkanmu leka dalam kesalahan nyata. Kerana sahabat yang ikhlas menjadi cerminan untuk sentiasa memperlihatkan kebaikanmu atau sebaliknya. Hargailah dia sebagai sahabat kerana insan sepertinya sukar ditemui.”

#syukurselalu
#allahjagakita
#kitamestimenang

Anakku..
Jika Ingin Bersahabat ..

“Jadilah sahabat yang selalu ada dalam sukar untuk tempuhi bersama dan berada di sisi saat senang dinikmati. Itulah kemanisan memiliki sahabat sejati yang hakiki. Sahabat sejati saat bersamanya terasa dihargai, saat dia pergi kehilangannya dirasai.”

#syukurselalu
#allahjagakita
#kitamestimenang

Anakku..
Jika Ingin Bersahabat ..

“Usah menilai luarannya semata-mata, namun hargai saat bersamanya untuk saling melengkapi bukan menyalahi hingga dalam diam melangkah pergi kerana dia tidak diperlukan lagi. Hakikat persahabatan tidak hanya dituturkan pada lisan tetapi disuburkan dengan kepercayaan dan kejujuran untuk mengatasi segala cabaran walau tanpa persediaan."

#syukurselalu
#allahjagakita
#kitamestimenang

Anakku..
Jika Ingin Bersahabat ..

“Saat diuji menyatakan kebenaran, dia berani tampil dengan keyakinan walau terpaksa menelan kepahitan untuk sebuah kejujuran. Saat kesabarannya tercabar dia tahu nilai keindahan sabar biarpun berat menanggung beban. Saat kesempitan dia memilih untuk mencari Maha Pencipta sebagai sandaran solusi utama."

#syukurselalu
#allahjagakita
#kitamestimenang

Anakku..
Jika Ingin Bersahabat ..

“Pastikan diri kita juga sedia belajar menerima segala kekurangan dan menghargai kelebihan kerana itulah kekuatan untuk mengharmonikan sebuah persahabatan dibajai keimanan. Menjadi yang sempurna untuk dipuja mampu jadi racun berbisa tetapi belajar untuk sempurna itulah kekuatan seorang hamba dalam mencari redha."

#syukurselalu
#allahjagakita
#kitamestimenang

Anakku..
Jika Ingin Bersahabat ..

“Sahabat terbaik sentiasa disebut nama kita dalam doanya, terkenangkan nostalgia bersama, belajar memahami ketika orang lain menjauhi dan membimbing mengenal keredhaan ilahi. Tidak lokek berkongsi ilmu, membenarkan perkataan seiring tindakan dan memberikan ketenangan tatkala kebuntuan”

#syukurselalu
#allahjagakita
#kitamestimenang
Pesanan Walid
Melangkah Pergi Lagi

“ Kita sentiasa diberikan pilihan walau ada ketika sukar dijangka impaknya. Beranikan diri melangkah bukan berserah namun pergi dengan bermaruah lebih manis tidak bermakna kalah. Pergi untuk merealisasikan sebuah mimpi menjadi realiti bukan lagi fantasi.”

#syukurselalu
#allahjagakita
#pesananwalid
#kekaltenang
Assalamualaikum..

Detik yang dinantikan telah tiba.. Tawaran ISTIMEWA hari ini sahaja 8.00 pagi hingga 8.00 malam dapatkan naskah UJIAN EDISI PREMIUM dengan pelbagai Gift Percuma.

https://www.facebook.com/210355162421861/posts/3200995863357761/

Edisi UJIAN ini adalah garapan kisah dan nukilan untuk dijadikan panduan apakah UJIAN yang kita terima seakan tiada lagi ruang bangkit semula ataupun hanya pasrah tanpa melakukan apa-apa.

Kombinasi setiap rasa saat diuji sakit, marah, risau, sedih, putus asa bahkan terasa seakan tidak mampu lagi bertahan namun akhirnya Allah SWT hadirkan sesuatu diluar pengetahuan kita agar kita mampu tersenyum semula.

Naskah ini benar-benar menguji jiwa dan membawa pembaca menyelami erti serta nilai sebuah UJIAN dalam kehidupan kita .

Rintihan Ya Allah Tolong Aku… Ya Allah Aku Penat.. ungkapan yang meniti dibibir dan lisan kita sewaktu kita merasakan sudah tidak berdaya namun Allah SWT tempat pergantungan segalanya.

Dapatkan Naskah UJIAN Edisi Premium dengan Tawaran Terbaik hari ini sahaja ( Harga Asal RM 76 Untuk 444 Terawal Hanya RM 45 Sahaja )

Klik Pautan Dibawah Untuk Tempahan :
https://hamarepublication.onpay.my/order/form/SetUjianPremium/hafeez2209

Terima kasih kepada keluarga dan sahabat-sahabat seperjuangan serta HAMARE Group atas peluang terindah ini ..
Pesanan Walid -Kesempatan Baki Waktu.jpg
2 MB
PESANAN WALID
Waktu Lalu Terkaku Lesu

“ Mana mungkin kita mampu putarkan masa lalu,walaupun itulah kita harapkan. Kerana saat ini kita sudah sedari ada Ketika kita biarkan waktu berlalu LESU tanpa terisi akhirnya kini terasa bertapa bermaknanya MASA. Siapa kita hari ini adalah hasil siapa kita satu ketika dahulu. Jika masa lalu dimanfaatkan, ketika ini kita merasai nikmatnya begitulah andai sebaliknya”.

#pesananwalid
#walidmenulis
#syukurselalu
#melakarswadayapena
Pesanan Hati Walid
Anak-anakku
Seandainya diberikan peluang berbakti..

“ Berbaktilah kepada orang tuamu, kerana itulah saat terindah dalam hidup kita. Pengorbanan dan perjuangan mereka membanting tulang mengerah keringat demi anak-anak tanpa mengeluh kerana mereka inginkan kita bahagia. Hargailah peluang bersama mereka seadanya sebelum tertutup mata mereka untuk selamanya.”

" Berbaktilah kepada guru-guru yang telah mengajar dan mendidikmu, walaupun hanya mengenal ABC dan Alif Ba Ta. Sesungguhnya perjuangan mereka untuk menyampaikan segala ilmu tidak ternilai harganya. Tanpa guru siapalah kita, tanpa guru kita mana mungkin kita capai cita-cita, tanpa guru kita tidak akan tahu nilai seorang hamba."

“ Berbaktilah buat sahabat yang sentiasa ada dalam susah dan senang. Dia hadir tanpa dipinta dan perginya dia begitu terasa. Sahabat sejati sukar dicari namun saat ditemui pasti itulah hadiah terindah untuk melakar memori yang akan segar diingati.Sahabat terbaik saling menasihati dan melengkapi agar hidup berbaki dinikmati dalam ketaatan kepada ilahi.”

“ Berbaktilah kepada ahli keluargamu , air dicincang takkan putus itulah ikatan persaudaraan adik beradik . Biarpun ada ketikanya tidak sehaluan dan seiringan itulah rencah dalam berkeluarga agar kita belajar untuk saling melengkapi serta membantu menyemai kasih menyayangi bahkan subur dibajai kepercayaan.”

#pesananhatiwalid
#walidmenulis
#syukurselalu
#melakarswadayapena
Pesanan Walid -Keikhlasan Yang Terkunci.jpg
2 MB
PESANAN WALID
Keikhlasan Yang Terkunci

Cabaran kini sukar melahirkan ikhlas, walaupun mencuba pasti akan ada ujian yang benar-benar menguji keikhlasan di jiwa. Lalu keikhlasan terkunci rapi hingga tidak terungkai. Saat kita harapkan cukup sekadar penilaian Allah sebagai bekal ketika itu juga pandangan manusia merentap segala lantas ternoda ikhlas yang terkunci yang bersisa ungkapan nista harapkan pujian semata.

#pesananwalid
#walidmenulis
#syukurselalu
#melakarswadayapena
Mana Nak Dapat Bengkel Macam Ni..

Sangat Mampu Disertai Dan Keperluan Untuk Jana INCOME Buat Usahawan Dan Sesiapa Sahaja.

Tenaga Pengajar Ini Adalah Sahabat Saya Dan Kepakaran Menghasilkan Design Yang SANGAT Ohsem.

Beliau Sendiri Menghasilkan Design Untuk Produk ANES Yang Sudah Pun Berada Dalam Pasaran..

Siapa Nak Sertai Saya Bersedia Taja 10 Orang SAHAJA . Wasap Nombor Dibawah Dan Nyatakan
“ Saya Sahabat UD” .. Khas Untuk 10 Orang Terawal ..

Bagi yang Berminat, untuk sebarang pertanyaan boleh Whatsapp di
>> api.whatsapp.com/send?phone=601120725057
>> api.whatsapp.com/send?phone=601120725057
>> api.whatsapp.com/send?phone=601120725057

TEMPAT TERHAD‼️
2025/10/25 03:11:39
Back to Top
HTML Embed Code: