Telegram Web Link
Bengkel Design 2.jpg
1.9 MB
Alhamdulilah setelah berbincang dengan Tim Ustaz Designer Creative bagi tahun 2022 kami akan susun bengkel-bengkel seperti sebelum ini cuma dilaksanakan secara Online dan Kelas Insentif .

Bagi menghargai dan tanda terima kasih sokongan sahabat-sahabat kami buka Bengkel Asas Photoshop ONLINE PERCUMA dengan beberapa syarat.

Target penyertaan adalah 50 peserta ..
Yang berminat boleh PM atau tinggalkan komen..

Sebagai survey awal boleh komen anda rasa bengkel tersebut sesuai dijalankan dalam dua pilihan :

Laskar 1
+ Hari Berkerja ( 8.30 mlm - 10.30 mlm ) 2 Sesi
Laskar 2
+ Hari Cuti ( 8.30 pagi - 12.00 tghr ) 1 Sesi

Komen - Laskar 1 @ Laskar 2 yer...

#syukurselalu
#allahjagakita
#UDmulakanlangkah

https://www.facebook.com/210355162421861/posts/3388992867891392/
Pesanan Hati Walid

Anakku
Jangan kerana harta..
“ Dirimu hilang pertimbangan untuk menilai antara kasih keluarga hingga lupa bahawa harta hanya pinjaman dunia jauh sekali dibawa ke liang lahad bersama.Usah asyik mengejarnya kerana bimbang lupa mahalnya makna keluarga.”

Anakku
Jangan kerana harta..
“ Dirimu leka mencarinya lantas terleka seketika makna cinta kepada Maha Pencipta lebih utama berbanding harta yang membuatkan manusia bangga bahkan buta menilai dosa dan pahala lalu hasad menjadi pegangan ..”

Anakku
Jangan kerana harta..
“ Segala kewarasan untuk mengutamakan keindahan dicipta bersama keluarga terus pudar dek buta dikaburi kepuasan demi memiliki harta sejengkal lalu yang tinggal cuma haloba merebut kehendak tidak bernoktah.”

Anakku
Jangan kerana harta..
“ Tawarlah segala kemanisan dahulu lalu tiada lagi harmoni yang dirasai melainkan saling bertingkah mencari salah untuk mencapai cita walaupun melalui langkahan dusta hingga melukakan jiwa tanpa suara..”

#syukurselalu
#walidmenulis
#AllahJagaKita
#udmulakanlangkah
#pesananhatiwalid
PESANAN WALID
Pilihan & Kehidupan

" Dalam Kehidupan Kita Sentiasa Ada Pilihan, Bezanya Bagaimana Kita Belajar Untuk Menentukan Pilihan. Jika Benar Caranya Pasti Mudah Perjalanannya Begitu Juga Andai Sebaliknya.."

#pesananwalid
#walidmenulis
#syukurselalu
#melakarswadayapena
#sebarkankebaikan
#seikhlashati

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4994932563954471&id=100003133315031
Pesanan Walid
Tulislah Bahagia

Tulislah sesuatu yang boleh membina kebahagiaan bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat. Jangan rasa terleka menulis sesuatu yang hanya memuaskan kehendak akhirnya memusnahkan Bahagia dunia dan membinasakan diri kelak.

#seikhlashati
#tulislahdarihati
#syukurselalu
#walidmenulis
#sebarkankebaikan
Pesanan Walid
Suara Sembang

Bersuaralah ketika perlu dan memberikan manfaat andai tidak mampu mendatangkan kebaikan,diam lebih bermakna dari leka mencipta dosa dengan bangga.

#seikhlashati
#tulislahdarihati
#syukurselalu
#walidmenulis
#sebarkankebaikan
Pesanan Walid
Secawan Kopi

Kepahitan kopi semestinya tidak pernah menjauhkan kita untuk nikmatinya. Walaupun pahit tidak pernah ada istilah serik begitu kehidupan biarpun adakala terpaksa lalui kepahitan namun jangan serik untuk belajar bangkit dari sakit.

#seikhlashati
#tulislahdarihati
#syukurselalu
#walidmenulis
#sebarkankebaikan
PW-Sembang Kari.jpg
2.8 MB
Pesanan Walid
Sembang Kari

Adakalanya keberanian sebenarnya diuji bila berdepan dengan sebuah realiti . Jangan sesekali berani hanya kerana orang tidak mengenali hakikatnya hanya sekadar “Sembang Kari”.

#seikhlashati
#tulislahdarihati
#syukurselalu
#walidmenulis
#sebarkankebaikan
Pesanan Walid
Tirai Malam

Saat badan sudah tidak berdaya melangsaikan keperluan hidup insan, Allah SWT jadikan malam untuk rehat dan tafakur mencari makna serta hikmah sebagai penguat meneruskan hari esok.

#seikhlashati
#tulislahdarihati
#syukurselalu
#walidmenulis
#sebarkankebaikan
Rebah Ukhuwwah

Jangan disangka yang mendekati paling dipercayai kerana mungkin satu hari nanti dialah berani mengkhianati saat segalanya tidak dimiliki.

#seikhlashati
#tulislahdarihati
#syukurselalu
#walidmenulis
#sebarkankebaikan
Pesanan Walid
Firman Benar

Insan semakin tenat mencari kebenaran hakiki sedangkan wahyu tuhan adalah sumber kebenaran yang tiada keraguan. Pastinya itulah firman-firman terkandung dalam Al-Quran yang kini telah dilupakanbahkan sekadar menjadi hiasan.

#seikhlashati
#tulislahdarihati
#syukurselalu
#walidmenulis
#sebarkankebaikan
Pesanan Walid
Laluan Khilaf

Tidak siapa meminta terkhilaf dalam menentukan laluan hidup tetapi masih ada peluang menebusnya dengan memilih untuk pulang ke landasan keampunan.

#seikhlashati
#tulislahdarihati
#syukurselalu
#walidmenulis
#sebarkankebaikan
Pesanan Walid
Dipuji Mengeji

Pujian mampu mengaburi rasional minda lalu dirasakan seperti dijulang tinggi walau hakikatnya mengeji benci dalam hati tanpa siapa ketahui.

#seikhlashati
#tulislahdarihati
#syukurselalu
#walidmenulis
#sebarkankebaikan
Pesanan Walid
Noktah Barakah

Perkara termahal dalam hidup bila sentiasa diredhai tuhan, indahnya tidak mampu digambarkan namun andai selesa dalam keingkaran, ternokhtah barakah menjauhkan diri dari Allah.

#seikhlashati
#tulislahdarihati
#syukurselalu
#walidmenulis
#sebarkankebaikan
Pesanan Walid
Sedar Pudar

Aturan Allah SWT menentukan waktu senang mahupun sukar, andai leka tanpa sedar nescaya ketaatan menjadi hambar lantas sedar pula semakin pudar.

#seikhlashati
#tulislahdarihati
#syukurselalu
#walidmenulis
#sebarkankebaikan
Pesan Walid
Kabus Pagi

Ketenangan pagi menjadi terapi menikmati kehebatan ciptaan ilahi, menanti kehadiran mentari sebalik kabus pagi yang benar-benar mendamai hati dan sanubari.

#seikhlashati
#tulislahdarihati
#syukurselalu
#walidmenulis
#sebarkankebaikan
Bahasa Ayah

Biasanya bicara ayah ringkas tapi padat dan pesanan tiada berjela namun ada benarnya. Senyuman ayah begitu mendamaikan jadi penawar saat keresahan.

#seikhlashati
#tulislahdarihati
#syukurselalu
#walidmenulis
#sebarkankebaikan
2025/10/22 10:54:44
Back to Top
HTML Embed Code: