Telegram Web Link
INFAQ JUMAAT PENYELIDIKAN PEMIKIR

Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.

Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.

Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.

-------------------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Ayuh kita bersama membangun peradaban bermula dengan menyumbang di Infaq Penyelidikan PEMIKIR:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
"Tentang Budaya Toxic Positivity, Hustle, Labor, Overconsumption"

Byung Chul Han ada mengkritik budaya yang diagungkan seperti di Jepun ini. Hasilnya sekarang dapat dilihat dalam apa yang digelarkannya sebagai "the burnout society".

Kita ditekan dengan toxic positivity, hustle/henyak sampai lunyai, sehingga kita tidak ada lagi ruang untuk berfikir. Kita automatic menjadi robot separa sedar yang hidupnya adalah sekitar labor(kerja) dan consumption (budaya penggunaan material, membeli belah, makan, content dan sebagainya).

Apakah ada kebaikan untuk Malaysia dan masyarakat Islam mencontohinya?

Apa masalah utamanya?

Kita kehilangan kebolehan untuk mengambil satu langkah berhenti dan berfikir. Kita merasakan semua proses berkerja dan sebagainya itu adalah 'berfikir' tetapi sebenarnya tidak. Chul Han meminjam istilah "Vita Contemplativa" iaitu satu proses tafakkur mendalam dalam kehidupan yang sangat diperlukan.

Masyarakat yang 'burnout' ini tadi tidak lagi mampu untuk berfikir mencari makna dalam kehidupan. Ketiadaan aktiviti (tafakkur) ini telah menjadi taboo sehingga kita rasa bersalah untuk berhenti sebentar dari sebarang aktiviti 'kerja'.

Hannah Arendt melihat bahawa hidup tanpa vita contempaltiva ini hanya akan menjadi  satu kitaran labor-consumption. Kita tidak lagi mengecapi keindahan kehidupan. Keindahan yang kita rasai akhirnya masih dalam ruang lingkup kitaran labor-consumption seperti market consumption.

Sehingga kita tidak lagi merasakan bulan festive seperti Ramadan dan Raya sebagai satu fasa untuk mengambil masa bertafakkur tetapi hanya bulan untuk terus dalam kitaran labor, makan, consume.

Bak kata Byung Chul Han, 'life receives its radiance only from inactivity'.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan: 
 
bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
👍4
[ASTAKA FIKIR TUTUP SEMENTARA]

Penutupan ini bagi memberi laluan untuk mengemaskin stok dan ruangan Astaka.

Ianya akan beroperasi semula pada masa yang akan dimaklumkan kemudian.

--------------------------------------------------
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan: 
 
bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
🫡1
1. Pada hari Jumaat lalu, Muhammad Firdaus Zalani (PEMIKIR) telah menerima undangan daripada My Aqsa Defender menjadi panel dalam salah satu sesi persidangan Global Youth & Peace Conference For Palestine (GYPCFP) 2024 di Bandar Saujana Putra. Sesi tersebut membahaskan topik berkenaan “The Danger of Zionism on Youth: An Inside Look at the Zionist Society”.

2. Persidangan tersebut dihadiri pelbagai wakil serta deligasi dari pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Turki, Palestin, Algeria dan lainnya. Ia bertujuan membahaskan isu Palestin yang sedang berlaku dan bagaimana menyusun gerak kerja bagi meluaskan kesedaran akan isu ini.

3. Dalam sesi tersebut, PEMIKIR memberi penekanan tentang pentingnya kita mempunyai kerangka tersendiri berlandaskan sumber pemikiran bersepadu dalam memahami apa yang sedang berlaku di sana. Tanpa kita mempunyai kerangka tersebut, kita akan dipaksa memahami isu ini pada kaca mata salah sehingga melihat solusi secara salah.

4. Di atas kerangka ini baru kita boleh mengenali akan hakikat zionisme. Tiga rangka asas yang perlu difahami berkenaannya iaitu (1) Zionisme bukanlah sebuah gerakan politik yang hanya wujud akhir abad 19 tetapi ia adalah sebuah ideologi yang berevolusi (2) Zionisme adalah sebuah produk modernisme Barat serta penerus ideologi kolonialisme mereka (3) Zionisme adalah sebuah ideologi penting memastikan kepentingan orde Barat terus terpelihara.

5. Apabila Zionisme difahami dengan benar, ancaman akibat ideologi ini akan dilihat secara meluas tidak terhad sekadar pada geografi tertentu. Kesan pemikiran ini akan membawa kesan pada beberapa aspek seperti identiti, pemikiran politik serta geopolitik. Inilah yang dilihat sedang berlaku dalam Dunia Islam pada hari ini.

6. Sudut pandang ini yang semakin terhakis dalam kita memahami isu Palestin. Kita sering diberi penekanan aspek peperangan, perebutan, genocide, tanah, kemanusiaan hingga tidak lagi melihat ia berasaskan pertembungan pemikiran antara haq dan batil yang diletakkan asasnya dalam Wahyu.

--------------------------------------------------
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
👍141
The Niche of Lights atau Mishkat al-Anwar oleh Imam al-Ghazali adalah karya penting dalam falsafah Islam yang menerangkan konsep cahaya sebagai lambang ketuhanan dan pencerahan rohani. Berdasarkan ayat 35 dari Surah An-Nur, al-Ghazali mengaitkan cahaya dengan Tuhan, menyatakan bahawa Allah adalah sumber terang yang mengarahkan manusia kepada kebenaran. Melalui simbolisme ini, beliau menggambarkan realiti dunia sebagai cermin yang memantulkan cahaya Ilahi, menunjukkan bahawa hati manusia perlu dibersihkan agar mampu menyerap dan memantulkan cahaya tersebut.

Dalam buku ini, al-Ghazali mengupas konsep “maqamat” (tahap-tahap rohani) dan menjelaskan bahawa kesedaran rohani seseorang bergantung kepada sejauh mana mereka dapat menerima cahaya Tuhan. Beliau membahaskan hubungan antara akal (’aql) dan jiwa (ruh), menekankan bahawa akal bukan sekadar alat untuk memahami dunia material, tetapi juga pintu menuju dimensi kerohanian. Pembersihan hati daripada kotoran duniawi adalah langkah penting dalam mencapai makrifat (pengetahuan hakiki) yang lebih mendalam.

Dengan gabungan bahasa yang puitis dan falsafah yang mendalam, The Niche of Lights menarik pembaca untuk merenung soal ketuhanan dan diri. Karya ini amat sesuai untuk mereka yang mencari pemahaman tentang hubungan antara Tuhan, manusia, dan alam semesta, serta sebagai panduan rohani untuk menyucikan jiwa dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

Baca buku ini yang menghimpunkan teks Bahasa Arab dan terjemahannya dalam Bahasa Inggeris secara selari di Perpustakaan Astaka Fikir, Bandar Baru Bangi.

---------------------------------------
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
[ASTAKA FIKIR TUTUP SEMENTARA]

Penutupan ini bagi memberi laluan untuk mengemaskin stok dan ruangan Astaka.

Ianya akan beroperasi semula pada masa yang akan dimaklumkan kemudian.

--------------------------------------------------
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan: 
 
bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
INFAQ JUMAAT PENYELIDIKAN PEMIKIR

Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.

Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.

Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.

-------------------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Ayuh kita bersama membangun peradaban bermula dengan menyumbang di Infaq Penyelidikan PEMIKIR:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
1
AI dan Kuasa Media di Peringkat Antarabangsa

Pada 3 Oktober 2024, satu sesi bengkel telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Nu’man bin Mazlan, Pengurus Dunia Palestin, yang dianjurkan oleh TV Pertiwi. Ceramah ini menarik minat ramai peserta, termasuk wakil dari PEMIKIR.

Acara ini bertujuan untuk memperkaya pemahaman peserta mengenai cabaran dan peluang dalam penggunaan teknologi AI dalam media serta kuasa media di dalam pertembungan naratif antarabangsa.

Dalam sesi tersebut, Ustaz Nu’man membincangkan bagaimana teknologi AI dapat digunakan untuk membina naratif yang lebih kuat dan berkesan dalam media.

Beliau juga menerangkan bahawa AI dalam media bukan sahaja memudahkan mendapatkan maklumat tetapi juga mempengaruhi cara individu dan masyarakat melihat isu-isu semasa.

Selain itu, penceramah juga menyoroti kuasa media dalam membentuk pandangan di peringkat antarabangsa. Dengan adanya AI, media kini berperanan lebih dominan dalam mempengaruhi pendapat umum dan keputusan dasar.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
Zion Before Zionism 1838-1880: Arnold Blumberg

Buku "Zion Before Zionism 1838-1880" oleh Arnold Blumberg merupakan sebuah karya yang meneliti latar belakang sejarah dan perkembangan awal komuniti Yahudi di Palestin semasa pemerintahan Uthmaniyyah.

Penulis membincangkan bagaimana imigrasi Yahudi ke Palestin ketika itu tidak didorong oleh gerakan politik yang teratur seperti Zionisme tetapi lebih kepada motivasi keagamaan dan faktor sosioekonomi.

Blumberg juga mengupas peranan kuasa Eropah yang mempengaruhi perkembangan komuniti Yahudi di sana. Walaupun tidak sepenuhnya berorganisasi proses awal ini menjadi asas kepada pembentukan negara Israel moden.

Buku ini turut memberi penekanan kepada interaksi antara komuniti Yahudi dan penduduk tempatan yang mana sebahagiannya mencetuskan konflik sosial dan politik.

Melalui kajian mendalam, Blumberg membentangkan perspektif berbeza tentang hubungan Yahudi-Palestin, mengungkapkan pelbagai faktor yang melatari imigrasi Yahudi ke Palestin sebelum era Zionisme.

Buku ini menawarkan pandangan kritis tentang bagaimana perjalanan sejarah awal ini mempengaruhi pembentukan dasar dan ideologi yang kelak berkembang menjadi pergerakan Zionisme moden.

Dengan gaya penulisan yang teliti, buku ini memberi pembaca kefahaman yang lebih mendalam tentang pengaruh sejarah awal ke atas konflik Israel-Palestin yang berlanjutan sehingga hari ini.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
Perang Balkan Pertama: Peristiwa Berdarah Uthmaniyyah

Perang Balkan Pertama (8 Oktober 1912 – 30 Mei 1913) merupakan satu konflik yang melibatkan Balkan League, gabungan empat negara Balkan iaitu Serbia, Montenegro, Greece, dan Bulgaria, melawan Kerajaan Uthmaniyyah.

Tujuan utama gabungan ini adalah untuk menyingkirkan sisa-sisa kuasa Uthmaniyyah di Eropah dan membahagikan wilayah-wilayah yang dikuasai oleh empayar tersebut.

Konflik ini berlaku disebabkan semangat nasionalism yang berkembang di Balkan serta kelemahan kerajaan Uthmaniyyah yang dikuasai oleh Turki Muda (Young Turks). Polisi dan pengurusan kerajaan yang tidak mampan dan penuh dengan rasuah telah menyebabkan gerakan nasionalism di Balkan mengambil kesempatan.

Pada permulaan perang ini, Balkan League dengan cepat meraih kemenangan demi kemenangan. Wilayah Uthmaniyyah di Eropah, termasuk Macedonia, Albania, dan Thrace, berjaya ditakluk oleh tentera gabungan ini.

Pertempuran besar berlaku di seluruh Balkan, dan pasukan Uthmaniyyah mengalami kekalahan disebabkan kelemahan dari segi kekuatan tentera serta politik akhirnya dipaksa berundur. Kejatuhan wilayah-wilayah ini menandakan penghujung penguasaan Uthmaniyyah di sebahagian besar Eropah.

Dalam tempoh enam bulan, Perang Balkan Pertama telah memusnahkan sisa-sisa kekuatan Uthmaniyyah di Balkan. Perjanjian London pada Mei 1913 memaksa Kerajaan Uthmaniyyah menyerahkan hampir kesemua wilayahnya di Balkan kepada negara-negara Balkan.

Perang ini menyaksikan kemerosotan Kerajaan Uthmaniyyah sebagai kuasa besar yang pernah menguasai sebahagian besar Eropah, Asia, dan Afrika.

Kejatuhan Uthmaniyyah di Balkan disebabkan oleh kelemahan dalaman dalam pemerintahan dan pergolakan politik yang berpunca daripada keengganan kerajaan untuk kembali kepada prinsip-prinsip Islam yang sebenar.

Meninggalkan teras pembinaan sesebuah peradaban iaitu menegakkan syiar Islam telah menyebabkan kerajaan Uthmaniyyah mengalami kemerosotan semasa pemerintahan Turki Muda.

Pemerintahan yang tidak berorientasikan kepada wahyu telah meletakkan kerajaan Uthmaniyyah berada di fasa kemerosotan sehingga banyak wilayah bangkit menentang.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan: 
 
bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
👍4😢21
INFAQ JUMAAT PENYELIDIKAN PEMIKIR

Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.

Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.

Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.

-------------------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Ayuh kita bersama membangun peradaban bermula dengan menyumbang di Infaq Penyelidikan PEMIKIR:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
👍1
2025/07/14 13:44:03
Back to Top
HTML Embed Code: