Forwarded from AkalWahyu
Alangkah Indahnya Kebenaran Apabila Bersamanya Kekuatan Bangsa
Ketika membicarakan berkaitan dengan bagaimana kekuatan bangsa perlu didirikan bagi mengangkan kebenaran, Hamka pernah berkata:
“Tetapi cita-cita yang tinggi dan firman Tuhan yang mulia dan suci tidaklah akan menjadi perhatian dunia kalau sekiranya tidak ada bangsa yang kuat yang membelanya. Kebenaran itu kadang-kadang perlu dibela dengan kekuatan.
Sudah lazim pergaulan hidup walaupun bagaimana tinggi kebenaran yang dipertahankan dan keadilan yang dituntut, kalau yang mempertahankan atau menuntut itu orang yang lemah suaranya, tidaklah akan didengar orang.
Maka hendaklah dicapai kekuatan lebih dahulu, buat mempertahankan kebenaran dan keadilan. Kekuatan itu ialah pada kebangsaan yang kuat, yang ada daulat dan syaukah (kekuatan). Yang ada pengaruh ada kegagahan menjatuhkan hukum.”
Daripada petikan ini dapat difahami dengan jelas bahawa sesebuah bangsa perlu memiliki kekuatan yang kukuh dan ampuh. Dalam masa yang sama,mampu berdiri atas dasar dan acuan sendiri bagi menegakkan makna kebenaran.
Ketiadaan kekuatan ini akan membawa kesan yang begitu besar kepada ummah apabila agama Allah akan dipandang remeh dan mampu diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam. Dalam keadaan seperti ini, kebenaran dari kalam Allah tidak mampu dipertahankan dengan baik kerana dibenamkan oleh musuh-musuh yang lebih dominan.
Ummah seharunya sedar bahawa kebenaran tidak akan dapat ditegakkan hanya dengan berkata-kata semata-mata. Ianya memerlukan kepada usaha membangunkan kekuatan bangsa yang mandiri kerana realitinya peradaban manusia akan dikuasai oleh mereka yang memegang tiang-tiang kuasa yang menjadi asas kepada sesebuah peradaban.
Rujukan
Hamka. 2020. Negara Islam. Jejak Tarbiyah
-----------------------------------------
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
Gencarkan Ramadan anda dengan berinfaq untuk pembangunan ilmu untuk ummah:
https://bit.ly/InfaqIlmuRamadanPEMIKIR

𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚
𝗦𝗲𝗯𝘂𝗮𝗵 𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗰𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻: 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗗𝗶𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻
Menelusuri naratif sejarah, menganalisis fakta, membongkar kebenaran.
Nantikan 10 Ramadan ini di
www.tg-me.com/AkalWahyuOfficial
Dibawakan oleh: PEMIKIR | AkalWahyu | Bumi Mikraj | Dunia Palestin

Moga dengan ibadah puasa ini menatijahkan kita menjadi insan yang semakin banyak berfikir.
www.tg-me.com/AkalWahyuOfficial
www.tg-me.com/AkalWahyuOfficial
Forwarded from AkalWahyu
ASTROLAB: TEKNOLOGI YANG TERBIT MELALUI KESEPADUAN WAHYU DAN AKAL
Di bulan Ramadan, penentuan waktu berbuka puasa adalah dengan laungan azan Maghrib. Maka menghasilkan alat yang digunakan untuk menentukan waktu solat adalah suatu alat penting. Dalam sejarah Sains Islam, teknologi tersebut dikenali sebagai astrolab. Peranti ini mempunyai pelbagai kegunaan, termasuk menentukan arah kiblat ke Mekah dan menentukan kedudukan bulan serta tarikh dalam kalendar lunar.
Salah seorang pembuat astrolab terkemuka dalam dunia Islam ialah seorang saintis Islam dari Dinasti Safavid bernama Muhammad Mahdi al-Khadimi al-Yazdi, yang bekerja bagi menghasilkannya antara tahun 1649 hingga 1663. Astrolab ini merupakan sebuah karya agung dalam seni pertukangan logam Safavid.
Bahagian 'takhta' astrolab ini diukir dengan Ayat al-Kursi (Surah Al-Baqarah, 2:255) dalam tulisan naskh yang indah. Di bahagian belakangnya, terletak pada bahagian merentasi meridian di dua kuadran bawah, terukir nama pembuatnya: "Dihiasi oleh Muhammad Mahdi al-Yazdi al-Khadim".
Astrolab bukan sahaja memainkan peranan penting dalam bidang astronomi tetapi juga dalam aspek keagamaan dan kehidupan seharian umat Islam. Dengan ketepatannya dalam menentukan waktu solat dan kedudukan bintang, alat ini menjadi simbol pencapaian sains Islam pada zaman pertengahan.
Selain itu, kehalusan seni ukiran dan inskripsi yang terdapat pada astrolab mencerminkan gabungan ilmu dan seni dalam dunia Islam, menjadikannya bukan sekadar alat astronomi tetapi juga sebuah karya seni yang bernilai tinggi.
Sumber: Muzium Kesenian Islam Malaysia

"Ya Allah tunjukkan kami yang benar itu kebenaran dan rezekikan pada kami supaya mengikutinya"
Ikuti kami di Channel Telegram Rasmi AkalWahyu:
https://www.tg-me.com/AkalWahyuOfficial

BULAN ILMU & INFAQ-DEMI CERDASKAN UMMAH
Bersempena Ramadan Mulia ini, PEMIKIR melancarkan sebuah Kempen Demi Cerdaskan Ummah! Ia adalah sebuah kempen mengumpul sokongan ramai bagi memastikan masyarakat amnya sentiasa diberi akses dan peluang kepada ilmu & kebenaran.
Kempen ini lahir daripada melihat realiti budaya keilmuan yang semakin terhakis dalam masyarakat akibat modenisasi Barat. Kita hanya banyak dididik menjadi pekerja berkemahiran, tidak hingga menjadi insan berilmu. Kajian ilmiah pula hanya banyak dibahaskan di ruang institusi pendidikan tanpa betul mengalir ke dalam jiwa masyarakat.
Kami meletakkan sasaran sebanyak RM200,000 meliputi pelbagai bentuk projek seperti kajian, penghasilan modul, diskusi ilmu, dokumentari ilmiah dan sebagainya. Setiap sumbangan anda akan kami gunakan sebaiknya bagi menanam benih pohon keilmuan pada setiap lapisan masyarakat hari ini.
Infaq Sekarang, Jadikan Ilmu Warisan Berharga!

Prolog - Tanah Dijanjikan
Yahudi memainkan peranan besar dalam mencorakkan landskap dunia. Namun di sebalik pergerakan mereka, tersimpan kisah-kisah yang penuh dengan pengkhianatan, manipulasi dan kehancuran.
Persoalannya, adakah ia sekadar sebuah agenda politik semata-mata, atau terdapat asas ideologi yang lebih mendalam di sebaliknya?
Saksikan tayangan video prolog ini di channel rasmi AkalWahyu jam 5:00 petang ini.
Klik di link YouTube di bawah:
https://youtu.be/0B5pcsq7YrI

Teaser Tanah Dijanjikan
Sejarah bukan sekadar catatan masa lalu. Ia adalah kunci untuk memahami dunia hari ini.
Satu bangsa yang berani menentang Tuhan.
Siapakah mereka? Mengapakah mereka begitu berani untuk melakukan kejahatan yang begitu dahsyat di atas muka bumi ini?
Adakah ini sekadar kebetulan atau agenda yang telah lama dirancang?
Kini, kebenaran akan terbongkar.
Sebuah pencerahan yang akan mengubah cara anda melihat dunia.
Klik di link YouTube di bawah:
https://youtu.be/eCnlR6ALDcI

SEDEKAH JUMAAT PEMIKIR
Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.
Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.
Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.
-------------------------------------------------
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
Jadikan Jumaat ini sebagai tempat kita mengejar seribu kebaikan bersama:
https://bit.ly/InfaqIlmuRamadanPEMIKIR
Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.
Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.
Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.
-------------------------------------------------
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
Jadikan Jumaat ini sebagai tempat kita mengejar seribu kebaikan bersama:
https://bit.ly/InfaqIlmuRamadanPEMIKIR
Forwarded from AkalWahyu
UNIVERSITY SANKORE, TIMBUKTU : PUSAT KEILMUAN ISLAM DITAJA WANITA KAYA
Di salah satu titik paling selatan dunia Islam terletak Universiti Sankore di Timbuktu, sebuah institusi intelektual utama bagi kerajaan Mali, Ghana, dan Songhai.
Universiti ini berkembang daripada Masjid Sankore, yang diasaskan pada tahun 989 oleh ketua hakim Timbuktu yang berilmu, Al-Qadi Aqib bin Mahmud bin Umar. Ruang dalaman masjid ini dibina mengikut dimensi yang sama seperti Kaabah di Mekah. Seorang wanita kaya dari suku Mandika kemudian membiayai universiti ini, menjadikannya pusat pendidikan terkemuka. Menjelang abad ke-12, Universiti Sankore berkembang pesat dengan jumlah pelajar mencecah 25,000 orang—satu angka luar biasa bagi sebuah kota yang hanya mempunyai 100,000 penduduk.
Universiti ini terdiri daripada beberapa kolej bebas, masing-masing dikendalikan oleh seorang guru utama. Bidang pengajian yang ditawarkan merangkumi Al-Quran, pengajian Islam, undang-undang, kesusasteraan, perubatan dan pembedahan, astronomi, matematik, fizik, kimia, falsafah, bahasa dan linguistik, geografi, sejarah, serta seni.
Selain akademik, para pelajar turut menjalani latihan dalam bidang perdagangan, etika perniagaan, dan kemahiran industri. Bengkel latihan yang disediakan meliputi perniagaan, pertukangan kayu, pertanian, perikanan, pembinaan, pembuatan kasut, jahitan, dan navigasi.
Ijazah tertinggi yang setara dengan Ph.D. mengambil masa sekitar sepuluh tahun untuk diselesaikan, melahirkan cendekiawan bertaraf dunia yang diiktiraf melalui penerbitan karya dan keilmuan mereka. Tesis Ph.D. dikenali sebagai Risaleh (bermaksud "surat"), dan mereka yang menamatkan pengajian dengan ijazah ini diberi gelaran Ayatullah, seperti yang masih diamalkan di pusat pengajian teologi Syiah di Qom (Iran) dan Najaf (Iraq).

Rabbi Yahudi Menyelewengkan Kebenaran Konsep 'Bangsa Pilihan Tuhan'
Konsep ummatun mukhtārah (umat pilihan) atau god's chosen people sering dikaitkan dengan Bani Israel dalam tradisi keagamaan Yahudi dan Kristian. Bible (yang telah diselewengkan) menggambarkan Bani Israel sebagai bangsa pilihan Tuhan secara eksklusif, tanpa mengira ketaatan mereka kepada ajaran-Nya. Namun apabila diteliti apa yang disebut di dalam Al-Quran, ia menjelaskan bagaimana naratif seleweng ini diperbetulkan. Menurut Al-Quran, pemilihan sesuatu kaum bukanlah hak mutlak yang diwarisi secara kekal, tetapi bergantung kepada ta'ah (ketaatan) mereka kepada perintah Allah.
Dalam sejarahnya, Bani Israel pernah diberikan keistimewaan serta nikmat dengan diutuskan ramai anbiyā’ (para nabi) daripada kalangan mereka. Allah mengangkat mereka sebagai umat terpilih ketika itu kerana terdapat segolongan yang masih berpegang teguh kepada tawḥīd dan hukum-Nya. Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, hingga Nabi ‘Isa semuanya berasal daripada Bani Israel. Namun, keistimewaan ini bersyarat – selama mereka berpegang teguh kepada ajaran Allah dan menegakkan ḥaqq (kebenaran).
Malangnya, sebahagian besar (terutama dikalangan pimpinan) daripada mereka sering menunjukkan keingkaran dan melanggar perintah Allah. Al-Quran menyebut bagaimana mereka membunuh para nabi (Surah al-Baqarah, 2:61), mengingkari perintah Allah serta mengubah ajaran wahyu demi kepentingan duniawi. Sikap baghy (kezaliman), kibr (kesombongan), dan ḥasad (dengki) menyebabkan mereka dihukum oleh Allah dengan penarikan keistimewaan tersebut dan digantikan dengan umat lain yang lebih bertakwa. Keistimewaan yang pernah diberikan kepada mereka bukanlah mubram (ketetapan kekal tanpa syarat), tetapi boleh dicabut apabila mereka menyimpang.
Dengan itu, Islam menolak idea bahawa Yahudi merupakan bangsa pilihan Tuhan secara mutlak (tidak terikat dosa pahala). Sebaliknya, al-Quran menegaskan bahawa konsep ummatun mukhtārah tidak terikat kepada keturunan tetapi terbuka kepada sesiapa serta mana bangsa sahaja yang memenuhi syarat keimanan dan ketaatan kepada perintah Allah. Bahkan, dalam sejarah Islam, umat Muhammad ﷺ diberi tanggungjawab sebagai khayru ummah (umat terbaik) kerana mereka menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, dan beriman kepada Allah.
Dari sini kita dapat lihat Al-Quran memperbetulkan naratif menyeleweng Bible mengenai konsep ummatun mukhtārah dengan menegaskan bahawa ia bukan keistimewaan yang diwarisi secara eksklusif oleh sesuatu kaum. Sebaliknya, sesiapa yang berpegang teguh kepada īmān dan ‘amal ṣāliḥ akan mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Pandangan ini selaras dengan prinsip keadilan Islam yang menilai manusia bukan berdasarkan keturunan, tetapi berdasarkan taqwā dan amal mereka.
Sumber: Yaqeen Institute. (2024). Who are the Chosen Ones? The Quran’s Correction of the Bible on the Election of the Children of Israel.

Kekeliruan Akibat Tidak Mengambil Quran Sebagai Bayyinah
1. Di hari yang mulia ini menarik untuk kita perhatikan ayat Al-Quran yang membahaskan tentang penurunannya pada bulan Ramadan (al-Baqarah: 185). Ayat itu tidak sekadar menyatakan tentang waktu penurunannya, tetapi juga tentang intipati wahyu tersebut kepada insan. Antara ciri Al-Quran yang dinyatakan ialah sebagai sebuah al-bayyinah yang boleh diertikan 'bukti yang jelas'. Istilah ini mempunyai makna besar bagi kita sebagai seorang insan.
2. Ini kerana asasnya kita sebagai manusia sentiasa mencari kebenaran. Walaupun di era pasca-moden yang cuba menafikan kebenaran, hakikatnya ia terbit akibat kekecewaan terhadap dogmatik ideologi yang mereka cuba sendiri anggap benar sebelum itu. Bukan atas asas tidak mahukan kebenaran. Kesannya kini walaupun pada luarannya di lihat seolah 'maju' namun pada dalamannya ia adalah kekontangan kerana jiwa manusia sentiasa menuntut pada kebenaran.
3. Apabila diperhatikan keadaan ini seolah hal kecelaruan yang sama berlaku di era jahiliah sebelum penurusan Al-Quran seperti diungkap oleh Ibn Kathir. Kecelaruan kebenaran waktu itu tidak hanya pada penyembah dewa dan berhala (polytheism) tetapi juga dikalangan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) sehingga berlaku perpecahan dan pertelingkahan antara mereka. Manusia saat itu menanti sebuah hujah kata putus (al-bayyinah) yang jelas sehingga boleh mengeluarkan mereka dari kekusutan ini.
4. Tanpa menafikan kemampuan daya akliah pada insan, namun apabila sumbernya terhad ia menyebabkan kesimpulan yang terbit darinya tidak sempurna dan tidak tepat. Dengan turunnya wahyu yang memberikan al-bayyinah membolehkan insan memahami hakikat kewujudan termasuk dirinya bertepatan dengan realiti. Ia bukan lagi sebuah andaian tidak berasas tetapi merupakan kesimpulan ilmiah. Dengan ini juga ia mengangkat daya akliah insan pada satu bentuk kesempurnaan.
5. Maka al-bayyinah ini boleh difahami dalam erti keilmuan. al-Razi menyebut makna al-bayyinah ini dengan makna hujah yang jelas (al-hujah al-zahirah), penerangan yang kukuh (al-bayan atau al-baynunah) sehingga boleh menjadi pemisah (al-furqan) antara benar dan salah. Ini kerana ilmu itu berdiri atas tingkatan keyakinan bukan rasa-rasa, manusia perlu bermula atas sesuatu yang kekal (tsawabit) dan putus (qatie), barulah dia boleh meneroka dunia keilmuan.
6. Hilangnya makna al-bayyinah inilah yang membawa kepada kekeliruan yang kita lihat hari ini termasuk dikalangan mereka yang beriman. Sebahagian ada yang mengkaji Sirah Nabi SAW namun menggunakan kacamata Barat yang akhirnya menatijahkan keliru dalam menyimpulkan perihal hidup Baginda. Sebahagian lain menyatakan dia muslim namun berbangga menyandarkan dirinya kepada ideologi serta budaya hidup Barat yang sarat dengan kekeliruan.
7. Makanya di hari yang mulia ini mari kita kembali muhasabah sejauh mana kita telah berikan hak pada Al-Quran. Tujuan penurunan wahyu ini bukan sekadar tilawah sahaja tetapi lebih besar ia sebagai sebuah kitab al-Hidayah (petunjuk) pada insan. Antara erti hidayah tersebut adalah ia sebagai hujah yang jelas (al-bayyinah) iaitu mengeluarkan insan daripada kekeliruan sehingga boleh capai kebenaran yang jelas.

EP 01 I Bagaimana Bermulanya Yahudi?
Sebenarnya Al-Quran telah ceritakan pada kita ‘konspirasi Bani Israel’ terawal 3500 tahun dahulu.
Saksikan episod pertama melalui link YouTube di bawah:
https://youtu.be/RHh0e5Mro_g
#yahudi #israel #kisahnabi #sejarahpalestin #kabbalah

Realiti yang berlaku hari ini semakin meyakinkan kita bahawa falsafah yang melatari ketamadunan Barat sarat dengan kepuraan dan hanya menatijahkan kefasadan terhadap kehidupan insan.
__________________
MENJUNJUNG ILMU MEMBANGUN PERADABAN
Ikuti kami: https://www.tg-me.com/pemikirummah