Telegram Web Link
Forwarded from AkalWahyu
"Ya Allah tunjukkan kami yang benar itu kebenaran dan rezekikan pada kami supaya mengikutinya"

Ikuti kami di Channel Telegram Rasmi AkalWahyu:
https://www.tg-me.com/AkalWahyuOfficial
👍2
BULAN ILMU & INFAQ-DEMI CERDASKAN UMMAH

Bersempena Ramadan Mulia ini, PEMIKIR melancarkan sebuah Kempen Demi Cerdaskan Ummah! Ia adalah sebuah kempen mengumpul sokongan ramai bagi memastikan masyarakat amnya sentiasa diberi akses dan peluang kepada ilmu & kebenaran.

Kempen ini lahir daripada melihat realiti budaya keilmuan yang semakin terhakis dalam masyarakat akibat modenisasi Barat. Kita hanya banyak dididik menjadi pekerja berkemahiran, tidak hingga menjadi insan berilmu. Kajian ilmiah pula hanya banyak dibahaskan di ruang institusi pendidikan tanpa betul mengalir ke dalam jiwa masyarakat.

Kami meletakkan sasaran sebanyak RM200,000 meliputi pelbagai bentuk projek seperti kajian, penghasilan modul, diskusi ilmu, dokumentari ilmiah dan sebagainya. Setiap sumbangan anda akan kami gunakan sebaiknya bagi menanam benih pohon keilmuan pada setiap lapisan masyarakat hari ini.

Infaq Sekarang, Jadikan Ilmu Warisan Berharga!

https://bit.ly/InfaqIlmuRamadanPEMIKIR
https://bit.ly/InfaqIlmuRamadanPEMIKIR
👍5
Forwarded from AkalWahyu
Prolog - Tanah Dijanjikan

Yahudi memainkan peranan besar dalam mencorakkan landskap dunia. Namun di sebalik pergerakan mereka, tersimpan kisah-kisah yang penuh dengan pengkhianatan, manipulasi dan kehancuran.

Persoalannya, adakah ia sekadar sebuah agenda politik semata-mata, atau terdapat asas ideologi yang lebih mendalam di sebaliknya?

Saksikan tayangan video prolog ini di channel rasmi AkalWahyu jam 5:00 petang ini.

Klik di link YouTube di bawah:

https://youtu.be/0B5pcsq7YrI
https://youtu.be/0B5pcsq7YrI
https://youtu.be/0B5pcsq7YrI
👍42
Forwarded from AkalWahyu
Teaser Tanah Dijanjikan

Sejarah bukan sekadar catatan masa lalu. Ia adalah kunci untuk memahami dunia hari ini.

Satu bangsa yang berani menentang Tuhan.
Siapakah mereka? Mengapakah mereka begitu berani untuk melakukan kejahatan yang begitu dahsyat di atas muka bumi ini?
Adakah ini sekadar kebetulan atau agenda yang telah lama dirancang?

Kini, kebenaran akan terbongkar.
Sebuah pencerahan yang akan mengubah cara anda melihat dunia.

Klik di link YouTube di bawah:

https://youtu.be/eCnlR6ALDcI
https://youtu.be/eCnlR6ALDcI
https://youtu.be/eCnlR6ALDcI
1😁1
SEDEKAH JUMAAT PEMIKIR

Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.

Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.

Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.

-------------------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Jadikan Jumaat ini sebagai tempat kita mengejar seribu kebaikan bersama:

https://bit.ly/InfaqIlmuRamadanPEMIKIR
👍1
Forwarded from AkalWahyu
UNIVERSITY SANKORE, TIMBUKTU : PUSAT KEILMUAN ISLAM DITAJA WANITA KAYA

Di salah satu titik paling selatan dunia Islam terletak Universiti Sankore di Timbuktu, sebuah institusi intelektual utama bagi kerajaan Mali, Ghana, dan Songhai.

Universiti ini berkembang daripada Masjid Sankore, yang diasaskan pada tahun 989 oleh ketua hakim Timbuktu yang berilmu, Al-Qadi Aqib bin Mahmud bin Umar. Ruang dalaman masjid ini dibina mengikut dimensi yang sama seperti Kaabah di Mekah. Seorang wanita kaya dari suku Mandika kemudian membiayai universiti ini, menjadikannya pusat pendidikan terkemuka. Menjelang abad ke-12, Universiti Sankore berkembang pesat dengan jumlah pelajar mencecah 25,000 orang—satu angka luar biasa bagi sebuah kota yang hanya mempunyai 100,000 penduduk.

Universiti ini terdiri daripada beberapa kolej bebas, masing-masing dikendalikan oleh seorang guru utama. Bidang pengajian yang ditawarkan merangkumi Al-Quran, pengajian Islam, undang-undang, kesusasteraan, perubatan dan pembedahan, astronomi, matematik, fizik, kimia, falsafah, bahasa dan linguistik, geografi, sejarah, serta seni.

Selain akademik, para pelajar turut menjalani latihan dalam bidang perdagangan, etika perniagaan, dan kemahiran industri. Bengkel latihan yang disediakan meliputi perniagaan, pertukangan kayu, pertanian, perikanan, pembinaan, pembuatan kasut, jahitan, dan navigasi.

Ijazah tertinggi yang setara dengan Ph.D. mengambil masa sekitar sepuluh tahun untuk diselesaikan, melahirkan cendekiawan bertaraf dunia yang diiktiraf melalui penerbitan karya dan keilmuan mereka. Tesis Ph.D. dikenali sebagai Risaleh (bermaksud "surat"), dan mereka yang menamatkan pengajian dengan ijazah ini diberi gelaran Ayatullah, seperti yang masih diamalkan di pusat pengajian teologi Syiah di Qom (Iran) dan Najaf (Iraq).

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Gencarkan Ramadan anda dengan berinfaq untuk pembangunan ilmu untuk ummah:

https://bit.ly/InfaqIlmuRamadanPEMIKIR
2👍1
Gencarkan Ramadan anda dengan berinfaq untuk pembangunan ilmu untuk ummah:

https://bit.ly/InfaqIlmuRamadanPEMIKIR
Forwarded from AkalWahyu
Rabbi Yahudi Menyelewengkan Kebenaran Konsep 'Bangsa Pilihan Tuhan'

Konsep ummatun mukhtārah (umat pilihan) atau god's chosen people sering dikaitkan dengan Bani Israel dalam tradisi keagamaan Yahudi dan Kristian. Bible (yang telah diselewengkan) menggambarkan Bani Israel sebagai bangsa pilihan Tuhan secara eksklusif, tanpa mengira ketaatan mereka kepada ajaran-Nya. Namun apabila diteliti apa yang disebut di dalam Al-Quran, ia menjelaskan bagaimana naratif seleweng ini diperbetulkan. Menurut Al-Quran, pemilihan sesuatu kaum bukanlah hak mutlak yang diwarisi secara kekal, tetapi bergantung kepada ta'ah (ketaatan) mereka kepada perintah Allah.

Dalam sejarahnya, Bani Israel pernah diberikan keistimewaan serta nikmat dengan diutuskan ramai anbiyā’ (para nabi) daripada kalangan mereka. Allah mengangkat mereka sebagai umat terpilih ketika itu kerana terdapat segolongan yang masih berpegang teguh kepada tawḥīd dan hukum-Nya. Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, hingga Nabi ‘Isa semuanya berasal daripada Bani Israel. Namun, keistimewaan ini bersyarat – selama mereka berpegang teguh kepada ajaran Allah dan menegakkan ḥaqq (kebenaran).

Malangnya, sebahagian besar (terutama dikalangan pimpinan) daripada mereka sering menunjukkan keingkaran dan melanggar perintah Allah. Al-Quran menyebut bagaimana mereka membunuh para nabi (Surah al-Baqarah, 2:61), mengingkari perintah Allah serta mengubah ajaran wahyu demi kepentingan duniawi. Sikap baghy (kezaliman), kibr (kesombongan), dan ḥasad (dengki) menyebabkan mereka dihukum oleh Allah dengan penarikan keistimewaan tersebut dan digantikan dengan umat lain yang lebih bertakwa. Keistimewaan yang pernah diberikan kepada mereka bukanlah mubram (ketetapan kekal tanpa syarat), tetapi boleh dicabut apabila mereka menyimpang.

Dengan itu, Islam menolak idea bahawa Yahudi merupakan bangsa pilihan Tuhan secara mutlak (tidak terikat dosa pahala). Sebaliknya, al-Quran menegaskan bahawa konsep ummatun mukhtārah tidak terikat kepada keturunan tetapi terbuka kepada sesiapa serta mana bangsa sahaja yang memenuhi syarat keimanan dan ketaatan kepada perintah Allah. Bahkan, dalam sejarah Islam, umat Muhammad ﷺ diberi tanggungjawab sebagai khayru ummah (umat terbaik) kerana mereka menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, dan beriman kepada Allah.

Dari sini kita dapat lihat Al-Quran memperbetulkan naratif menyeleweng Bible mengenai konsep ummatun mukhtārah dengan menegaskan bahawa ia bukan keistimewaan yang diwarisi secara eksklusif oleh sesuatu kaum. Sebaliknya, sesiapa yang berpegang teguh kepada īmān dan ‘amal ṣāliḥ akan mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Pandangan ini selaras dengan prinsip keadilan Islam yang menilai manusia bukan berdasarkan keturunan, tetapi berdasarkan taqwā dan amal mereka.

Sumber: Yaqeen Institute. (2024). Who are the Chosen Ones? The Quran’s Correction of the Bible on the Election of the Children of Israel.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Gencarkan Ramadan anda dengan berinfaq untuk pembangunan ilmu untuk ummah:

https://bit.ly/InfaqIlmuRamadanPEMIKIR
1
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Gencarkan Ramadan anda dengan berinfaq untuk pembangunan ilmu untuk ummah:

https://bit.ly/InfaqIlmuRamadanPEMIKIR
Kekeliruan Akibat Tidak Mengambil Quran Sebagai Bayyinah

1. Di hari yang mulia ini menarik untuk kita perhatikan ayat Al-Quran yang membahaskan tentang penurunannya pada bulan Ramadan (al-Baqarah: 185). Ayat itu tidak sekadar menyatakan tentang waktu penurunannya, tetapi juga tentang intipati wahyu tersebut kepada insan. Antara ciri Al-Quran yang dinyatakan ialah sebagai sebuah al-bayyinah yang boleh diertikan 'bukti yang jelas'. Istilah ini mempunyai makna besar bagi kita sebagai seorang insan.

2. Ini kerana asasnya kita sebagai manusia sentiasa mencari kebenaran. Walaupun di era pasca-moden yang cuba menafikan kebenaran, hakikatnya ia terbit akibat kekecewaan terhadap dogmatik ideologi yang mereka cuba sendiri anggap benar sebelum itu. Bukan atas asas tidak mahukan kebenaran. Kesannya kini walaupun pada luarannya di lihat seolah 'maju' namun pada dalamannya ia adalah kekontangan kerana jiwa manusia sentiasa menuntut pada kebenaran.

3. Apabila diperhatikan keadaan ini seolah hal kecelaruan yang sama berlaku di era jahiliah sebelum penurusan Al-Quran seperti diungkap oleh Ibn Kathir. Kecelaruan kebenaran waktu itu tidak hanya pada penyembah dewa dan berhala (polytheism) tetapi juga dikalangan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) sehingga berlaku perpecahan dan pertelingkahan antara mereka. Manusia saat itu menanti sebuah hujah kata putus (al-bayyinah) yang jelas sehingga boleh mengeluarkan mereka dari kekusutan ini.

4. Tanpa menafikan kemampuan daya akliah pada insan, namun apabila sumbernya terhad ia menyebabkan kesimpulan yang terbit darinya tidak sempurna dan tidak tepat. Dengan turunnya wahyu yang memberikan al-bayyinah membolehkan insan memahami hakikat kewujudan termasuk dirinya bertepatan dengan realiti. Ia bukan lagi sebuah andaian tidak berasas tetapi merupakan kesimpulan ilmiah. Dengan ini juga ia mengangkat daya akliah insan pada satu bentuk kesempurnaan.

5. Maka al-bayyinah ini boleh difahami dalam erti keilmuan. al-Razi menyebut makna al-bayyinah ini dengan makna hujah yang jelas (al-hujah al-zahirah), penerangan yang kukuh (al-bayan atau al-baynunah) sehingga boleh menjadi pemisah (al-furqan) antara benar dan salah. Ini kerana ilmu itu berdiri atas tingkatan keyakinan bukan rasa-rasa, manusia perlu bermula atas sesuatu yang kekal (tsawabit) dan putus (qatie), barulah dia boleh meneroka dunia keilmuan.

6. Hilangnya makna al-bayyinah inilah yang membawa kepada kekeliruan yang kita lihat hari ini termasuk dikalangan mereka yang beriman. Sebahagian ada yang mengkaji Sirah Nabi SAW namun menggunakan kacamata Barat yang akhirnya menatijahkan keliru dalam menyimpulkan perihal hidup Baginda. Sebahagian lain menyatakan dia muslim namun berbangga menyandarkan dirinya kepada ideologi serta budaya hidup Barat yang sarat dengan kekeliruan.

7. Makanya di hari yang mulia ini mari kita kembali muhasabah sejauh mana kita telah berikan hak pada Al-Quran. Tujuan penurunan wahyu ini bukan sekadar tilawah sahaja tetapi lebih besar ia sebagai sebuah kitab al-Hidayah (petunjuk) pada insan. Antara erti hidayah tersebut adalah ia sebagai hujah yang jelas (al-bayyinah) iaitu mengeluarkan insan daripada kekeliruan sehingga boleh capai kebenaran yang jelas.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Gencarkan Ramadan anda dengan berinfaq untuk pembangunan ilmu untuk ummah:

https://bit.ly/InfaqIlmuRamadanPEMIKIR
Forwarded from AkalWahyu
EP 01 I Bagaimana Bermulanya Yahudi?

Sebenarnya Al-Quran telah ceritakan pada kita ‘konspirasi Bani Israel’ terawal 3500 tahun dahulu.

Saksikan episod pertama melalui link YouTube di bawah:

https://youtu.be/RHh0e5Mro_g

#yahudi #israel #kisahnabi #sejarahpalestin #kabbalah
👍31
Realiti yang berlaku hari ini semakin meyakinkan kita bahawa falsafah yang melatari ketamadunan Barat sarat dengan kepuraan dan hanya menatijahkan kefasadan terhadap kehidupan insan.
__________________
MENJUNJUNG ILMU MEMBANGUN PERADABAN

Ikuti kami: https://www.tg-me.com/pemikirummah
SEDEKAH JUMAAT PEMIKIR

Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.

Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.

Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.

-------------------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Jadikan Jumaat ini sebagai tempat kita mengejar seribu kebaikan bersama:

https://bit.ly/InfaqIlmuRamadanPEMIKIR
Forwarded from AkalWahyu
al-Qanun fi al-Tibb: Kitab Perubatan Menjadi Rujukan Selama 500 tahun

Ibn Sina, atau Avicenna, merupakan seorang ilmuwan dan ahli falsafah Muslim yang hidup antara tahun 980 hingga 1037 Masihi. Salah satu sumbangan terbesarnya dalam bidang perubatan ialah Al-Qanun fi al-Tibb atau The Canon of Medicine, sebuah ensiklopedia perubatan yang menjadi rujukan utama selama lebih 500 tahun. Karya ini bukan sahaja berpengaruh dalam dunia Islam tetapi juga diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan digunakan di universiti-universiti di Eropah sehingga abad ke-17.

Dalam al-Qanun, Ibn Sina mengembangkan pendekatan sistematik terhadap perubatan dengan mengklasifikasikan penyakit dan rawatan secara teratur. Beliau membahagikan karya ini kepada lima buku utama yang merangkumi prinsip asas perubatan, farmakologi, penyakit organ tertentu, penyakit umum, serta kaedah penyediaan ubat dan rawatan. Pendekatannya menggabungkan pengetahuan perubatan Yunani, Rom, India, dan Islam, sekali gus memperkenalkan asas perubatan moden.

Salah satu keunikan Qanun al-Tibb ialah penekanan terhadap hubungan antara kesihatan fizikal dan psikologi. Ibn Sina membincangkan bagaimana faktor emosi dan mental boleh mempengaruhi penyakit, seperti yang ditunjukkan dalam kajiannya tentang enuresis nokturnal (kencing malam). Beliau juga mengutamakan kaedah eksperimen dan pemerhatian dalam diagnosis serta rawatan penyakit, yang kemudiannya menjadi asas penting dalam perkembangan ilmu perubatan.

Pengaruh Al-Qanun sangat besar dalam dunia perubatan, terutama selepas ia diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Gerard of Cremona pada abad ke-12. Karya ini, bersama teks perubatan lain seperti al-Hawi oleh al-Razi dan at-Tasrif oleh al-Zahrawi, membentuk asas pendidikan perubatan di Eropah. Sehingga abad ke-18, universiti seperti di Paris dan Bologna masih menggunakan Qanun al-Tibb sebagai teks utama dalam pengajaran perubatan, membuktikan keunggulan sumbangan Ibn Sina dalam sejarah perubatan dunia.

Sumber: 1001 Inventions. “Ibn Sina’s Canon of Medicine: A Medical Reference in Europe for 500 Years.”

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Gencarkan Ramadan anda dengan berinfaq untuk pembangunan ilmu untuk ummah:

https://bit.ly/InfaqIlmuRamadanPEMIKIR
👍5
🌙KENAPA DINAMAKAN LAILATUL QADR?

Saban tahun di 10 akhir Ramadan kita berusaha mencari kemuliaan malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Namun pernahkah kita terfikir kenapa ia dinamakan sedemikian?

Imam al-Baghawi (1123M) رحمه الله berkata dalam Kitab Tafsir Maalim al Tanzil:"Dinamakan Lailatul Qadr kerana ia adalah malam penentuan perkara-perkara dan segala aturan. Allah menetapkan dalamnya urusan setahun bagi hamba-hamba dan tanah tempat tinggal hingga tahun yang akan datang.

Kata beliau lagi: "Ada juga yang berpendapat bahawa ia dinamakan demikian kerana amal soleh yang dilakukan pada malam itu memiliki kedudukan yang tinggi di sisi Allah kerana ia diterima."

Makanya mulianya malam ni kerana pada waktu tersebut menjadi saat ketetapan serta aturan kita sebagai hamba bagi tempoh setahun. Alangkah indahnya jika aturan tersebut berlaku saat kita bersungguh dalam melakukan ibadat.
__

🫂Gencarkan 10 malam akhir Ramadan anda dengan berinfaq untuk pembangunan ilmu untuk ummah 📖:

https://bit.ly/InfaqIlmuRamadanPEMIKIR
👍2
Wawancara Peradaban Siri 3 : Falsafah Sumber asli & Alam Sekitar | Dr Kamil Azmi Tohiran

Adakah krisis alam sekitar hari ini berpunca daripada tindakan manusia semata-mata?

Atau ada punca yang lebih mendalam?

Dalam Wawancara Peradaban kali ini, kami menampilkan Dr. Kamil Azmi Tohiran, Ketua Penyelidik Komuniti SALAM dan merangkap Felo Kanan PEMIKIR untuk merungkai persoalan peranan insan terhadap alam dan mencari solusi menyeluruh bagi krisis ini.

Tonton video penuh, hari ini, pada pukul 5 ptg.

https://youtu.be/jpicfoTan0g
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tiga Alam Yang Diciptakan Allah

Barat telah meletakkan bahawa alam ini hanya wujud pada alam fizikal. Pada hakikatnya, alam ini mempunyai tiga komponen yang saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

Kesan daripada melihat koposisi alam hanya mempunyai alam fizikal, manusia telah melakukan perkara-perkara yang mampu memberikan kerosakan kepada alam.

Apakah yang dimaksudkan dengan tiga alam tersebut? Bagaimana dengan memahami tiga komponen ini akan membawa kebahagiaan kepada alam?

____________________________________________________________

🫂 Gencarkan 10 malam akhir Ramadan anda dengan berinfaq untuk pembangunan ilmu untuk ummah 📖:
➡️ [https://bit.ly/InfaqIlmuRamadanPEMIKIR]
2👍2🫡1
2025/07/14 17:53:46
Back to Top
HTML Embed Code: